RSS
Write some words about you and your blog here

kerunsingan

to b onest...
aku cuak jgk la ni...
pasal apa???
apa lg...
H1N1 tu la...
kematian kat Mas. ni semakin meningkat... ( terasa mcm ayat sedikit skema )..
virus tu nampak mcm x bahaya...( yaka?? )tapi bila dah dijangkiti...
boleh bawa maut...
dah la x da vaksin...
adakah ini semua petanda..???
fikir2kan lah

...cuti mengejut...

erm...sblm ni dgr dlm berita ja...
u kena tutup..maktab kena tutup...
tup..tup..maktab kami pon kena tutup...
sedih2x...
aku sbnrnya dah mls nak balik...
baru ja balik minggu hari tu...
aduh...duit tu yg masalahnya...
asyik hbs beli tiket bas ja...
kalo aku ni anak org kaya x per la jgk...
penin...penin...

...H1N1..

Symptoms of H1N1
“The virus is now unstoppable.”

Dr. Margret Chan, Director, World Health Organization, June 11, 2009


Apparently, the world’s governments are powerless to prevent the spread of H1N1 Flu, but there are things that you can do to protect yourself and your family.

Stock up on whatever supplies you believe you might need, now. If the worst case scenario occurs at least you will be prepared. Learn to recognize the symptoms of H1N1, understand what to do in case you or a love one is infected.

Symptoms
The symptoms of the H1N1 Flu virus in people are similar to the symptoms of common seasonal flu. The most common H1N1 symptoms include:

Fever – particularly a fever of over 100 degrees
Sore throat
Cough
Chills and fatigue
Body aches
Headache
Occasionally, vomiting and diarrhea
Persons who experience flu-like symptoms should immediately contact their physician, but, remember, Swine Flu is a highly contagious disease and people who believe they are infected with H1N1 should avoid going out in public unless absolutely necessary. So, call first.

H1NI..virus ini menjadi isu yg hangat skrg...byk IPTA & IPGM yg terpaksa ditutup akibat drpd virus ini...
jika awl kemunculannya dahulu..masyarakat hanya memandang remeh sahaja bhy virus ini..
anggapan kita hanya org yg berurusan di luar neg shj yg mempunyai peratusan yg tinggi utk dijangkiti virus ini...
namun. semakin hari semakin cepat virus ini merebak...
sbg langkah berjaga2...semoga kita semua bertindak mencegah drpd merawatnya...
byk2kanlah berdoa agar virus ini menemui vaksin yg sesuai..

....GENG GELAS BESAR ( DUNIA ANGGURKU )..

title post kali ni pon...bagi aku agak kelakar bunyinya...
hanya aku n kawan2 sekelas yg paham apa maksudnya...
secara spontan ja..benda ni menjadi trademark kami...he3x...

tapi post kali ni bkn pasal titlenya...
aku nak ckp pasal benda di sebalik title tu...

dulu aku x pernah terfikir aku akan ada kawan2 yg sekepala mcm ni...
anggapa aku dulu...mesti hidup aku kat IPGM,KSM ni akan bosan...cbb aku ni susah berkawan dgn org...

lebih2 lagi aku plg senior di antara bebudak kelas...
agak susah bg aku utk sesuaikan diri aku...
serious aku ckp...
zaman sek dulu..aku ni jns pendiam ckit..
member2 aku yg mulakan utk berckp dgn aku...

tapi...kat cni...aku yg terpaksa mulakan utk berckp ngan org...
cbb aku tahu kalo aku x mulakan mesti aku x dpt kawan...
awl2 dulu rasa segan jgk sbnarnya...tapi kuatkan diri jgk tegur semua org...

ALHAMDULILLAH...skrg aku dah makin baik ngan bebudak kelas aku...
umo aku x membataskan pergaulan aku dgn adik2ku dlm kelas aku...

aku rasa bersyukur sgt2 skrg...

aku dah x menyesal lg membuat pilihan ni...

semoga gen gelas besar akan terus bersatu...

aminn.....

..keinginan yg mustahil..

dlm hidup aku...aku cuma ada 2 keinginan yg memg mustahil utk aku dpt..

1. aku nak ada abg n kakak kandung aku sendiri..( which mean..aku bkn anak sulung )

2. pelukan seorang ibu.. ( my mum had passed 11 years ago )

itula benda yg plg aku inginkan dlm hidup aku..

setiap kali kawan2 aku bercerita pasal ibu masing2..hanya tuhan yg tahu isi hati aku..

bkn lagi tangisan yg mengiringi aku..tapi perasaan kosong dan sunyi yg x dpt aku tafsirkan..

aku masih ingat..waktu aku f0rm 3..waktu tu..aku tgh exam utk PMR..
aku dgr kengkawan aku asyik cerita mak diaorg yg tolong kemaskan katil..iron baju..pesan itu & ini..semuanya utk keselesaan diaorg menghadapi exam...

tapi aku...uruskan semuanya sendiri..hati aku sakit...tertanya2..knp aku yg kena hadapi semua ni..sendirian..

aku selalu berharap aku ada seorang abg @ kakak yg blh berkongsi perasaan sedih aku...

bkn aku x ada saudara kandung yg lain..tapi waktu tu adik aku kecil lg..
msh x phm apa itu kehilangan..aku x blh berkongsi perasaan tu dgn dia...
baru sekarang kami berkongsi perasaan kami...maybe dia dah mula terasa ketandusan kasih sayang seorang ibu..aku dikira bertuah krn aku masih sempat dapat belaian dan kasih sayang drpd mak aku utk 10 thn...tapi adik aku just sempat bersama mak aku hanya utk 5 thn..

hanya kami berdua tahu perasaannya..something yg x dpt aku ungkapkan.. sakitnya kehilangan tu masih terasa sampai ke hari ini...hampir 11 thn aku tanggung rasa sakit tu...

tapi utk adik aku...aku kena kuat..aku x blh lemah depan dia...
dia bergantung pada aku...

YA ALLAH..BERILAH AKU KEKUATAN...

True Love Never Ends.........

Salleh dan Salleha sedang duduk bersama di taman kampus tanpa melakukan apapun,
hanya memandang langit sementara sahabat-sahabat mereka yang lain sedang asyik
bercanda ria dengan kekasih masing-masing.

Salleha : " Ahhh!! aku bosan. Aku berharap aku juga mempunyai pacar yang dapat bersama berbagi waktu denganku. "

Salleh : " Nampaknya cuma tinggal kita berdua saja yang masih single mingle, masih tidak mempunyai pasangan sekarang." ( keduanya mengeluh dan berdiam beberapa saat )

Salleha : " Aku ada idea best nie. Kita adakan permainan jom? "

Salleh : "Errr? Permainan apa? "

Salleha : "Ermmmmm... sonang tu bah. Apa kata kau jadi pacarku dan aku jadi
pacarmu tapi hanya untuk 100 hari saja..... camnerr okay tak? "

Salleh : " Baiklah... lagi pong aku juga belom ada agenda apa-apa untuk beberapa bulan nie. "

Salleha : " Lerr... cam tak ikhlas jerr.... nak tak nak??... semangat sikitlah! Hari ini akan jadi hari pertama kita bercouple. Kita ke mana sekarang? "

Salleh : " Camnerr kalau kita nengok wayang ajerr? Kalao tak salah citerr PGL
tengah now showing nie..... Ajebb ngan Adha cakap citerr nyerr best tau.. dia orang kasi 4 bintang lagi. "

Salleha : "OK sett!!!.... Jom kita pergi sekarang. Pastu kita gi karaoke yerr... agak-agak kalau kita ajak sama MasPenn ngan Lili tu dia nak tak??? "

Salleh : "Boleh juga..." ( mereka berdua pun pergi menonton, berkaraoke dan Salleh menghantar Salleha pulang selepas itu )

Hari ke 2 :

Salleh dan Salleha menghabiskan waktu untuk berbual dan bercanda di kafe,
suasana kafe yang remang-remang dengan alunan muzik yang syahdu membawa hati mereka pada situasi yang romantis. Sebelum pulang Salleh membeli sebuah kalung perak yang berloketkan sebiji bintang untuk Salleha.

Hari ke 3 :

Mereka pergi ke Mall membeli-belah untuk mencari hadiah buat Lady Rye, seorang sahabat Salleh. Setelah lelah berkeliling dalam Mall, mereka memutuskan untuk membeli sebuah jam tangan. Setelah itu mereka beristirihat dan duduk di foodcourt, makan sepotong kuih dan satu gelas jus berdua dan mulai berpegangan tangan untuk pertama kalinya.

Hari ke 7 :

Bermain bowling dengan teman-teman Salleh. Tangan Salleha terasa sakit kerana tidak pernah bermain bowling sebelumnya. Salleh memicit-micit tangan Salleha dengan lembut.

Hari ke 25 :

Salleh mengajak Salleha makan malam di Danga Bay. Bulan sudah menampakkan diri, langit yang cerah menghamparkan ribuan bintang dalam pelukannya. Mereka duduk menunggu makanan, sambil menikmati suara desir angin berpadu dengan suara gelombang bergulung di pantai. Sekali lagi Salleha memandang langit, dan melihat bintang jatuh ( shooting stars ). Dia mengucapkan suatu permintaan dalam hatinya.


Hari ke 41 :

Salleh menyambut ulang tahun. Salleha membuatkan kek ulang tahun untuk Salleh. Bukan kek buatannya yang pertama, tetapi kasih sayang yang mulai timbul dalam hatinya membuat kek buatannya itu menjadi yang terbaik. Salleh terharu menerima kek itu, dan dia mengucapkan suatu harapan saat meniup lilin ulang tahunnya.

Hari ke 67 :

Salleh dan Salleha menghabiskan waktu di Sunway Lagoon. Berjalan sama di The World's Longest Pedestrian Suspension Bridge, sambil menikmati pemandangan. Naik The Viking, makan eskrim bersama, dan mengunjungi kiosk permainan. Salleh menghadiahkan sebuah boneka teddy bear besar bermata biru untuk Salleha, dan Salleha membelikan sebuah MP3 thumbdrive player untuk Salleh.

Hari ke 72 :

Pergi ke Suntec City di Temasik. Melihat meriahnya pamiran dari negeri Cina. Salleha mengajak Salleh untuk mengunjungi salah satu kiosk "Fortune Telling". Sang peramal hanya mengatakan "Hargai waktumu bersamanya mulai sekarang" kemudian peramal itu menitiskan airmata.

P.S : Korang jangan pulak besok-besok gi jumpa tukang telek pulak... tang ini cuma buat sedapkan jalan citerr jerr...

Hari ke 84 :

Salleh mengusulkan agar mereka berlibur ke pantai. Pantai Desaru kelihatan sepi kerana bukannya waktu percutian bagi orang lain. Mereka melepaskan sandal dan berjalan sepanjang pantai sambil berpegangan tangan, merasakan lembutnya pasir dan dinginnya air laut menghempas kaki mereka. Matahari terbenam, dan mereka berpelukan seakan tidak ingin berpisah lagi.

P.S Lagi : Tang peluk-peluk nie pong... korang jangan pulak nanti serang jebat pasai buat adengan peluk-peluk... sama jugak macam yang kat atas tu... sajerr nak panjangkan citerr...

Hari ke 99 :

Salleh memutuskan agar mereka menjalani hari ini dengan bersantai sambil berputar-putar tanpa arah tujuan keliling bandar dan akhirnya duduk di sebuah taman.

1520hrs

Salleha : " Aku haus. Rest kejap okay. "

Salleh : " Tunggu disini, aku beli minuman dulu. Aye nak minum "Green Tea"; You nak minum apa? "

Salleha : " Biar I saja yang beli. Aye kan penat putar stering keliling bandar hari ini. Sekejap yerr "

Salleh mengangguk. Kakinya memang suka simpul biawak atau cramp kalau lama memandu.

1530hrs

Salleh sudah menunggu selama 10 minit and Salleha masih belum kembali juga. Tiba-tiba seseorang yang tidak dikenali berlari menghampiri Salleh dengan wajah panik.

Salleh : " Ada apa Cik? "

Orang asing : " Ada seorang perempuan dilanggar kereta. Rasa-rasanya macam
temanmu tadi "

Salleh segera berlari bersama orang itu. Disana, di atas jalan yang panas terjemur terik matahari siang, tergeletak tubuh Salleha bersimbah darah, masih memegang botol minumannya. Salleh segera menelefon ambulan dan langsung mengikut Salleha ke rumah sakit bersama-sama ambulan. Selama 8 jam 10 minit, Salleh tidak senang duduk diruang menunggu bilik kecemasan. Sekejap berdiri... sekejap mundar-mandir..fikiran Salleh bercelaru. Seorang doktor keluar dengan wajah penuh penyesalan.


2353hrs

Doktor Zuhana : " Maaf, tetapi kami sudah cuba melakukan yang terbaik. Dia masih bernafas sekarang tapi Yang Maha Kuasa akan segera menjemput. Kami menjumpai surat ini dalam kocek bajunya. "

Doktor Zuhana memberikan sekeping surat yang terkena percikan darah kepada Salleh dan Salleh segera masuk ke dalam bilik rawatan untuk melihat Salleha. Wajahnya pucat tetapi kelihatan damai. Salleh duduk disisi pembaringan Salleha dan menggenggam tangan Salleha dengan erat. Untuk pertama kali dalam hidupnya Salleh merasakan torehan luka yang sangat dalam di hatinya. Butiran airmata mengalir dari kedua belah matanya. Kemudian dia mulai membaca surat yang telah ditulis Salleha untuknya.

Sahabatku Salleh...
Ke 100 hari kita sudah hampir berakhir. Aku menikmati hari-hari yang telah ku lalui bersamamu. Walaupun kadang-kadang kau buat derk dan tidak dapat ku membuat telahan, tetapi semua perkara itu telah membawa kebahagiaan dalam hidupku.

Aku sudah menyedari bahawa kau adalah jejaka yang berharga dalam hidupku. Aku menyesal tidak pernah berusaha untuk mengenalmu lebih dalam lagi sebelumnya.

Sekarang aku tidak meminta apa-apa, hanya berharap kita dapat memperpanjang hari-hari kebersamaan kita. Sama seperti yang ku ucapkan pada bintang jatuh malam ( shooting stars ) itu di pantai, Aku ingin kau menjadi cinta sejati dalam hidupku. Aku ingin menjadi kekasihmu selamanya dan berharap kau juga akan berada disisiku seumur hidupku. Salleh, aku sangat sayang padamu.

2358hrs

Salleh : " Salleha, apakah kau tahu harapan apa yang ku ucapkan dalam hati tika meniup lilin ulang tahunku? Aku pun berdoa agar Tuhan mengizinkan kita bersama- sama selamanya. Leha, kau tidak boleh meninggalkan aku! Hari yang kita lalui baru berjumlah 99 hari! Kau harus bangun dan kita akan melalui puluhan ribu hari bersama-sama! Aku juga sayang padamu, Salleha. Jangan tinggalkan aku,
Ayang...jangan biarkan aku kesepian!, Aku sayang kamu...!"

Jam dinding berdentang 12 kali....jantung Salleha berhenti berdetak.

Hari itu adalah hari ke 100...


Lagi-Lagi P.S :
Luahkan perasaanmu pada orang yang kau sayangi sebelum terlambat.
Kau tidak akan pernah tahu apa yang akan terjadi esok.
Kau tidak akan pernah tahu siapa yang akan meninggalkanmu dan tidak akan pernah
kembali lagi.


True love doesn't always have a happy ending, because true love never ends....


Be more concerned with your character
than your reputation, because your
character is what you really are,
while your reputation is merely what
others think you are

( terasa ingin meluahkan perasaan pada org yg aku suka ja pas ni..tapi masalahnya...ada x org yg aku suka...?? hu3x )






...ikatan...

aku x tahu knp...
tapi aku happy sekarang...
maybe betul...
setiap perkara yg terjadi ada pengajarannya...
ada hikmahnya...
apa yg terjadi sekarang...
seolah2 menyatukan kami semua...
ya..aku akui kami semua sedih..kecewa..
tapi tanpa kami sedar kami telah dapat something...
'ikatan antara kami'...
aku x kisah kalo just aku sorang yg rasakan benda tu..
itu pun dah cukup utk buat aku rasa happy...
p/s: aku dah wat yg aku mampu...semoga pas ni kesalahan yg sama x kan berulang...
amin...

....dari hati yg duka....

today is the sadness day of my life...

sepanjang aku kat IPGM,KSM ni...ini la hari yg aku paling sedih...
x pernah aku rasa sedih yg mcm ni...
kalo aku ada perselisihan faham ngan kengkawan lain pon,aku x pernah rasa sedih yg mcm ni...
kalo aku 'homesick' sekalipon, aku x pernah rasa sedih yg mcm ni...
kalo aku kena marah ngan lec. pon, aku x pernah rasa sedih yg mcm ni...
why it's becoming like this...??
jahat sgt ke kami ni...??
apa salah kami...??

sedih sgt bila ada org yg pura2 sayangkan kami...tapi sebaliknya yg berlaku...
maybe ada hikmah disebalik semuanya...
apa yg penting...
"bersatu hati", wahai kak long and adik2 ku sekalian...
we're family right..??

...something...to..share...

IMPORTANT...!!!!

benda ni x da kaitan ngan hidup aku k....aku just nak share ngan engkau org semua...first time aku baca sajak ni... ( erm..sajak ker...apa2 ja la... ) aku terus tertarik...aku x tahu kenapa... just hayati lah yerk...

I DIDN'T MARRY YOU BECAUSE
YOU WERE PERFECT...
I DIDN'T EVEN MARRY YOU BECAUSE
I LOVED YOU...
I MARRIED YOU BECAUSE YOU
GAVE ME A PROMISE..
THAT PROMISE MADE UP FOR YOUR FAULTS...
AND THE PROMISE I GAVE YOU
MADE UP FOR MINE...
TWO IMPERFECT PEOPLE GET MARRIED...
AND IT WAS THE PROMISE THAT
MADE THE MARRIAGE...
AND WHEN OUR CHILDREN WERE
GROWING UP, IT WASN'T A HOUSE THAT
PROTECTED THEM..
AND IT WASN'T OUR LOVE THAT PROTECTED THEM...
IT WAS....
THAT PROMISE...

...muLut yG JaHaT...

erm...mulut sapa la yg jahat sgt tu...

blog aku..mesti la pasal aku kan...

aku buntu nih....

kenapa aku selalu sakitkan hati org ja....

aku x da niat nak sakitkan hati org tu pon,tapi x sangka jadi mcm ni...

setiap kali aku ckp @ lawak2 ja...mesti akan ada org yg terasa ngan apa yg aku cakap tu...

hu3x...sedih nya...apa patut aku wat...

diam ja...x pyh gurau2...mcm tu ka..??

tapi x blh la...aku ni jenis mulut bising jgk sebenarnya...( bila jumpa org2 yg seangkatan ngan aku la )....

org ckp,bila kita gaduh...x leh lebih 3 hari kan...?? hu3x..

INSYAALLAH...aku akan runtuhkan ego aku utk minta maaf...

kalo x dimaafkan jgk...nak wat mcm mana kan...??

maybe memang patut aku diam ja la nanti...hu3x...

........................................

terasa dah lama x wat luahan perasaa...hu3x...
dah msk minggu ke-2 kat IPG,KSM yg tercinta ni...( tercinta la sgt )...
aku still blur...mcm serba x kena ja...terasa sem ni mcm berat ja....
aduh...x tau nak mulakan dari mana....
subjek2 makin susah...lec pon...byk yg x best...
dah tu terdengar mcm2 pulak khabar angin tentang pertukaran lec2...
erm...wat masa ni...my conclusion...sem 3 ni memg x best...huhuhuhuhu...
INSYAALLAH...semoga semua kesusahan aku ni akan dipermudahkan...janji aku pon x putus asa awal2 ni...
erm....ni ja yg aku nak luahkan wat masa ni...
jumpa lagi...

...HaMbaLi AhMaD...


ayah...ayah...ayah...

itu la panggilan yg aku gunakan utk ayah ku yg tercinta...

maybe ada yg guna panggilan abah..baba..papa..pak..daddy...dll...

tapi aku sejak dari kecil..tetap menggunakan "ayah"...
ayah aku seorang yg selamber ja..tapi sekali dia marah..leh tahan la..
selalunya kalo dia marah...aku memg akan duduk diam dlm bilik ja..takut...huhuhu...
ayah aku seorg yg mempunyai sifat kepimpinan yg tinggi...( kalo compare aku ngan dia, memg jauh beza la..aku x da mewarisi lansung bakat2 yg dia ada )
ayah aku dah byk berkorban demi family kami yg tercinta..
walau badai yg melanda dia tetap hadapi semua rintangan dgn tenang
..( itu yg aku cari dlm lelaki idaman aku..seorg yg tenang walau dlm apa jua keadaan...huhuhu )
wang ringgit..usah cerita la..dia akan cuba sedaya upaya utk memenuhi keperluan kami anak2nya..
utk masa skrg,apa yg blh aku buat hanyalah mendoakan kesejahteraan ayahku yg tersayang ini..
semoga Allah memberikan kesihatan yg baik kepadanya..
aminn..
SELAMAT HARI BAPA kpd semua ayah2 di dunia ini...

BaCk To ThE CaMpUs LiFe

setelah 3 minggu bersenang lenang..( asyik makan, tido, n menonton tv )..kat rumah..
kini aku kena kembali ke alam nyata, waktu utk bermain dah tamat..
aku kena bersedia fizikal n mental utk semester 3 PPISMP.

still dlm mood cuti lg..hopefully..sem 3 ni berlalu dgn lancar & jayanya..
takut jgk sebenarnya..result pon x tau mcm mana..harap2 semuanya ok la..huhuhu..

azam utk sem ni..x moh study last minit dah..assignment pon nak wat awal2..
x nak tangguh2 lagi..( azam yg sama setiap kali mula utk belajar balik )..huh..

apa2 pon..kpd semua adik2 ku...chayo!..chayo!..
semoga kita semua berjaya sem ni..

amin....

..kekasih hati..



kali ni aku nak cerita pasal perasaan aku sendiri..

aku x tahu la korang semua setuju @ tak dgn apa yg aku nak tulis ni..

korang pernah bercinta @ bercouple @ ber apa lg yerk...( aku pon x tahu la, lu pk la sendiri..huwa..huwa..huwa.. )

sometime aku jealous tgk kengkawan aku ada couple..serious aku ckp..aku just senyum ja dgr diaorang cerita hal masing2..tapi hati aku waktu tu..cedih sgt..tuhan saja yg tahu..

yg aku peliknya dulu aku selalu jadi perunding cinta utk cousin aku..tapi waktu tu aku x pernah pon couple...he3x.. ( nasihat kat org mcm aku sendiri dah berpuluh kali pernah couple )

aku sendiri x tahu aku nak ada couple a.k.a pakwe sebab aku sendiri dah ready nak jalinkan relationship ngan someone tu atas kehendak aku sendiri @ aku just cemburu sebab org lain ada couple..

ntah la weh..buntu gak kadang2 tu..maybe ni cuma perasaan aku kot..layan sgt keinginan diri sendiri..kan dah menyusahkan diri sendiri ja..padan muka aku.. :p

yg pasti aku jadi jealous kat org yg ada couple coz diaorg blh jadi tempat mengadu masalah.. ( pada pandangan aku la ).. macam aku sendiri..waktu aku pernah ada pakwe dulu..aku x la terasa sunyi sgt..coz apa2 hal aku selalu cerita kat dia..x kira la hal yg menyedihkan @ yg menggembirakan.. tapi itu dulu..maybe skrg aku terasa sunyi..tu sebab aku terasa nak ada pakwe balik..

tapi apa2 pon...life must go on kan..aku doakan semua org yg tgh bercouple tu...semoga korang berbahagia..kpd yg still x couple lg...ready la mental and fizikal..he3x..( bab waktu couple ni x semuanya indah )

chow...

...sayang vs cinta...

aku tertanya2 apa itu sayang...apa itu cinta...

adakah kedua2nya sama...@ berbeza...

kdg2 bila pk pasal ni...pening jgk...

aku pernah syg kat org...tapi aku x tau...adakah aku cinta pada org tu...( ini cerita lama..huhuhu )

so..skrg ni aku tertanya2 maksud sebenar kedua2 perkara tu...

yg aku paham...perasaan syg tu akan timbul bila someone @ something yg betul2 penting pada kita...

cthnya : aku syg family aku...aku syg kawan2 aku...aku syg byk benda la...( antaranya komik2 naruto aku, jam tgn yg ayah aku bagi, gelang2 tgn yg ayah aku belikan bila dia outstation, dll )...

tapi bila berkaitan dgn cinta...aku x phm...

kita selalu dgr cinta sejati hanya cinta pada Allah...para Rasul...dan org2 yg seangkatan dgnnya...

kiranya...cinta tu lagi tinggi levelnya berbanding syg ker...???

a little bit confius here...

erm...somebody help me about this...

tapi...benda ni x penting pon sebenarnya...ckp la kalau kita tahu peranan kita di atas dunia ni...

sebagai hamba Allah...sebagai anak kepada kedua ibu bapa kita..sebagai ahli di dalam masyarakat dan tugas2 lain di atas muka bumi ini...

just luahan ketidakfahaman aku mengenai sayang vs cinta ja....

sebenarnya...x der benda pon....he3x...

erm....

baru la aku sedar....blogger ni seolah2 dah jadi "budaya" budak2 IPGM...
budak2 batch aku sendiri dah byk wat blog sendiri ( termasuk aku..tapi aku just utk main2 ja )....
x kira yg senior2 lagi...memg byk la....
apa yg aku perhatikan setiap blog ada keistimewaan dan kelemahan tersendiri...
cthnya...aku compare 2 blog ( alamat blog terpaksa dirahsiakan )...ckp la kalo aku gunakan blog tu sbg blog A and blog B... si A ni rasanya dah lama dia wat blog...awl2 dulu aku suka follow blog dia...sebab ada byk cerita2 yg memberi kesedaran bagi aku la....tapi lama kelamaan aku dah x blh follow lagi blog tu...terasa mcm sukar utk difahami dan isinya semakin membebankan fikiran aku...so..aku cari la blog lain...and terjumpalah blog si B ni...
erm...permulaannya kira ok la jgk...byk input yg berguna...so..skrg ni kdg2 aku lbh suka follow blog si B ni...
kesimpulannya...blog2 ni ada kelebihan yg tersendiri...kalo btol2 dibuat dgn baik...benda ni mampu memberi impak positif kpd pembaca...tapi sebenarnya...benda ni terletak pada individu2 itu sendiri jgk...
apa2 pon...chayo2x kpd semua blogger2 yg aku kenal...walopon korang x kenal aku...
bubye...

KEM JATI DIRI ( PPISMP JULY 08 )

14-16 ri tu...budak2 batch aku kena g kem...( anjuran HEP & unit kaunseling )...
kem jati diri...wat kat GUA MUSANG...

erm...awl2 tu...memg pergi sebab terpaksa...hati pon x ikhlas ja g....
tension la jgk...dekat2 exam...mcm2 kem yg ada....

aktiviti memang lasak la...x pernah2 aku wat aktiviti2 tu...kalo ayah aku tgk..mesti ayah aku bangga punya...anak dia yg paling penakot ni blh buat...he3x...

antara aktiviti nya...flying fox...caving...jungle tracking and abseiling...( aku x sure ejaan yg ni betul ker x )...
flying fox ja aku x try...sebab penat lepas aku caving and jungle tracking...

acara kemuncak bagi aku kat kem ni...CAVING...
waktu masuk dlm gua tu memg gelap sgt....pas tu kami semua berkumpul kat tgh2 gua tu...
waktu kat tgh2 ada la something yg berlaku...kira insaf la diri utk seketika...

saat yg paling aku x blh lupakan...waktu kami semua nak kuar dari gua tu...
dah nampak cahaya dari luar...memg terasa tenang sangat waktu tu...

waktu dalam gelap tu terasa seperti berada dalam kekusutan tapi lepas ja nampak cahaya tu...terus rasa mcm dah ada jalan yg merungkaikan kekusutan tu...

SUBHANALLAH...memg besar la kuasa ALLAH...

overall...kem tu memberi seribu satu pengalaman utk aku...

semoga aku terus di dalam pemerhatianNYA...

amin....

.... :) + :( ...

hari ni seperti hari2 biasa...

kat kelas sempat lagi menyembang ngan "adik2" aku...
aku ja yg asyik kena kutuk...erm...hampeh betul la...
tapi x pa...demi adik2 aku yg tersayang..."kak ngah" redha ja...( ayat pasrah )...he3x...

kira happy jgk la kat kelas walaupun ada jugak beberapa perkara yg tdk menyenangkan berlaku...
mls aku nak ambil kiasah...janji jgn kacau aku... ( erm..terasa aura yg jahat mengelilingi aku...huhuhu...)

ptg tadi aku kuar Jerteh ngan asma+ madi...
ada something yg betul2 m'ganggu emosi aku....huhuhu
( selain duit elaun yg semakin susut )...
tension sgt2 karang nih...patut ker aku ckp kat cini...
rasanya x kot...cukup la kalo aku katakan benda ni btol2 membuatkan aku makin rasa rendah diri...huwa...mak...tolon...
tapi x pa...aku kena kuat kan...

INSYAALLAH....masih ada jln utk aku...aku yakin...

"hendak seribu daya , x hendak seribu dalih"...

..SeTeNanG aiR di LauTaN..

ALHAMDULILLAH....
mungkin Allah permudahkan urusan2 tarian perjalanan aku...
aku rasa tenang sikit skrg ni...
tidak sekusut semalam...
aku pon x tahu knp aku serabut 2,3 hari ni..
semalam adalah kemuncaknya...
walaupun aku just senyum ja depan kawan2 aku...blh gelak besar lagi...
tapi...jauh di sudut hati...ada satu perasaan sedih,kecewa, dan sakit yg tak dpt aku ceritakan pada org...
hampir TERSUNGKUR jgk semalam bila aku dapat sms dari adik aku...
aku betul2 jadi lemah...
tapi..syukur sgt2 aku mampu tanganinya semampu yg boleh..
aku kena kuat utk adik aku...erm...
semoga aku terus kuat...
aminn...

tErTutUp sUdaH

aku rasa utk masa skrg..hati aku btol2 dah tertutup utk cinta sesama manusia..

mungkin ini jalan yg terbaik utk aku sendiri...

aku pernah berharap pada someone...tapi rasanya semua tu hanya tgl harapan..
maybe he is not 4 me...

aku kena terima semua ni kan...

maybe ada hikmah di sebaliknya...

maybe pas ni aku lbh tenang utk hadapi tarian perjalanan aku yg makin mencabar nih..

aku yakin..still ada org yg sayangkan aku...aku still ada family yg tersayang...

aku still ada "adik2" aku...aku still ada kawan2 yg blh aku harapkan...

semoga aku terus tabah...

aminnnn....

...BuNtu...

semakin hari aku semakin x faham dgn diri aku sendiri...
aku x tahu apa yg aku inginkan sebenarnya...
kadang2 aku jadi benci dgn diri sendiri...
aku terasa mcm aku ni terlalu lemah...terlalu bergantung kpd org lain..ntah la...
hidup ni kadang kala terlalu rumit...sukar utk kita tafsirkan...walaupon aku tahu apa yg terjadi skrg...semuanya sdh ditentukan olehNYA..tapi kadang kala..bila fikiran dikuasai oleh syaitan..aku hampir2 menyalahkan takdir...
berdosa sgt2 kan...tapi itu la aku ckp..sukar utk aku tafsirkan benda ni...
aku cuma berharap ALLAH masih memerhatikan aku utk memberikan petunjuk kpd aku...
agar aku tdk terpesong dari landasannya...
aminnn....

...selesai sudah...

ALHAMDULILLAH....
akhirnya hari khamis ( 30.04.09)..berjaya juga kami ( PPISMP sem 2 ) anjurkan sukaneka tahunan IPGm,KSM...
semuanya berjalan lancar...aktiviti yg dirancang dpt dilaksanakan dgn sempurnanya...
( ada jgk aktiviti yg x dirancang tetapi tiba2 terlaksana ; aktiviti mandi tepung , nasib baik aku x kena )...
byk jugak aktiviti yg kami buat...
(1) bowling kelapa
(2) tarik upih
(3) lari dlm guni
(4) sambut belon air
(5) cari gula2 dlm tepung ( aku masuk..hehehe )
(6) kerusi muzik
(7) rasa mcm ada satu lg..tapi sowiey la..x ingat dah...
em..bagi aku semua ok ja...tapi terdengar jgk sedikit reaksi yg kurang menyenangkan drpd senior2...x per la..anggap ja semua ni sbg pengajaran..utk masa depan..
semoga kami berjaya menganjurkan aktiviti yg lebih mantap utk lain hari...
INSYAALLAH...
apa2 pon..semua enjoy hari tu...hehehehe...

...GERKO...

memg enjoy habis tadi...hehehehe...
semua gurls main bola baling...boys main bola tampar...( diaorg ada perlawanan inter batch )..x tau la diaorg menang ker x...x p tgk pon...
kira memg enjoy la main tadi... hilang kejap tension aku...x fikir lansung tentang masalah2 yg ada...tapi, bila balik bilik ja..ada something yg x best.. x da air..huhuhu...
dah byk kali benda ni jadi...hope pihak IPG buat yg terbaik utk atasi masalah ni...penat nak angkut air la...( ni yg wat aku teringat umah nih )...
apa2 pon semoga hari esok lebih indah berbanding hari ini...semoga Allah memudahkan urusan2 aku...
aminnnnnn.....

...diskusi...

semalam...aku ngan geng2 aku berdiskusi abaout something...x der la diskusi sgt..just luahan perasaan msg2... apa yg blh aku katakan...kami semua ada perasaan yg sama.. selama ni aku ingat aku ja yg rasa mcm tu...tapi bila dah berkumpul ramai2 g2...terungkaplah semua perasaan masing2..perasaan sakit yg x mampu untuk ditfsirkan...hanya insan yg mengalaminya saja,yg paham...kadang kita sakit sampai x mampu utk luahkannya...sakit tapi x leh nak menangis...bak kata salah seorg member aku..kita nak ada org jaga perasaan kita..kita mencari kasih sayang sesama manusia..sedangkan dah ada ALLAH yg sentiasa jaga hati kita..yg sentiasa dgr masalah kita...betol la apa yg dia ckp...kita mengharapkan cinta & kasih sayang dari manusia sebab kita x ada perasaan cinta yg mendalam pada ALLAH s.w.t... ntah la...aku dah makin buntu dgn kehidupan aku sendiri...aku perlukan someone yg blh bimbing aku balik...aku tkt aku akan terus tersungkur dan x mampu utk bangun lagi..

...."keraskan hati.....

pernah x korang semua terfikir utk wat tak tahu ja dgn semua benda...
korang x endahkan perasaan org...
korang just fikir perasaan korang...
lantak lah apa org lain nak fikir....
pernah x korang rasa nak wat mcm tu..??
aku rasa mcm nak cuba ja buat mcm tu...
tapi ntah la...aku rasa mcm x blh ja...
sekuat mana pon aku cuba utk wat tak tahu dgn perasaan org lain..aku gagal...
aku selalu tkt aku sakitkan hati org...aku cuba sedaya mungkin utk jaga hati org...
walaupun kadang2...org x jaga pon hati aku...
kadang2 aku terfikir utk terus "bekukan" hati aku...aku dah penat nak jaga hati org...
tapi aku terasa sgt kejam utk buat mcm tu...
apa yg patut aku buat...??

...x bersyukur + cemburu...

pernahkan x korang semua x bersyukur dgn kehidupan korang... dan rasa cemburu dgn kehidupan org lain... kdg2 kita rasa semua tu kan... ( kalo korang x rasa, terbukti korang semua memang baik...aku aja la yg jahat...huhuhu )... apa yg aku nak kongsikan mlm ni... ialah perasaan aku sendiri...mesti ada yg akan ckp, aku ni memang jahat...it's ok...terpulang pada pandangan & pendapat masing2... sometime aku rasa aku x bersyukur dgn apa yg aku ada dan aku sentiasa cemburukan kehidupan org lain... tanpa aku sedar , maybe perasaan ini telah menyebabkan org lain terluka dgn sikap aku... bila aku tgk org lain hidup mewah..aku terfikir knp aku x mcm tu.. pendek kata aku selalu cemburukan kebahagiaan, kesenangan dan segala2 nya pasal org lain... jahat kan aku... ?? aku dah terleka dan x sedar yg aku sendiri sudah ada segala2 nya... aku ada parents yg paham aku.. adik2 yg sayangkan aku... kawan2 yg sudi berkawan dgn aku...
so ! apa lg yg aku x puas hati...?? aku sendiri pun x phm... ada idea...?? napa jadi mcm ni... aku spt x bersyukur dgn kurniaan Allah pada aku... rasa berdosa sgt... semoga aku berjaya membuang perasaan ini jauh2... aku dah x nak lagi rasa mcm tu...
amin.....

p/s : ada lg 5 org gurlz dlm kelas aku yg aku x kenalkan lg... sabar yerk...

...writing....

waktu kelas ELP tadi...en.kem bagi satu artikel utk kelas...artikel tu pasal seorg penulis memulakan kariernya sebagai penulis...apa yg aku nak ckp kat sini...dulu,aku tersangatlah suka menulis...bila sedih,aku menulis...bila happy, aku menulis....tapi aku x sedar...sejak bila minat menulis tu dah hilang dari dlm diri aku...seriously..bila aku menulis..semua perasaan sedih tu "dipindahkan" ke dalam kertas..selepas menulis, aku dah x sedih lagi...tapi sekarang....dah x mcm tu...aku dah x blh pindahkan perasaan tu atas kertas lagi..aku pun x tahu knp..?? kalo aku cuba sekalipun utk terus menulis, aku dah blur nak tulis apa...dah x sama mcm dulu... mungkin x aku dapat balik minat utk menulis tu...?? mcm yg en.kem ckp.."we must love our own word"...ntah la...semoga aku dapat cari balik minat tu...
amin....

sambungan......

ok...kali ni aku nak kenalkan lagi 5 "bunga" dlm kelas aku...
kedudukan dia no 6 dari kanan ( duduk )..namanya..azatul..( budak Johor )...dia ni x da la ckp byk sgt..tapi sekali buat kepala, leh tahan jgk gila2 dia nih...dia ni ada problem kesihatan ckit...tapi...still bleh survive...hehehe...dah berpunya ker..??...ntah la...hanya tuan badan sendiri yg tahu...
sebelah aza is ana..ana mana..??..ana anak en.razak ( budak Johor gak ).. hehehehe...dia ni memg ckp byk...EX-PKU sem 1...ada ketokohan sbg pemimpin la..pakwe..?? memg x sure la...try la tya dia sendiri...huhuhu...sem lepas aku x ckp byk sgt ngan dia nih ( walaupun bilik dia sebelah bilik aku ja )..tapi sem ni kira ok jgk la...ckp lebih ckit berbanding sem lepas...kadang lepak selalu gak...kan..ana kan...kadang jer la...hehehe...ha ! satu g pasal ana, dia memg suka chatting..so , kepada sesapa yg nak chat tu..blh la chat ngan ana ya...
sebelah ana..is asma ( tumpat mali )...org cantik, so ramai la peminatnya...dah x terkira aku bapa byk peminat yg dia ada...ramai sgt...fuh..mcm menipu lak..tapi btol ramai peminat..bilik dia selalu jadi tempat melepak gak la..sebab dia x suka berjalan ke bilik org, so kena la kita yg g bilik dia...huhuhu...sometime dia ni dah macam "mak" kita org ja..hahahaha...bkn aku yg ckp k..ada org lain gak ckp benda yg sama..aku just menokok nambah ckit ja...
sebelah asma is madi , yg berdiri tu ( budak kedah )...dia ni memg ckp byk..byk dah wakil maktab nih..debat..kagum..4 the future, aku x tau la..maybe nak jadi penyanyi solo plak kot...hehehehe...dia ni partner assignment aku sem lepas...blh dikatakan semua assignment sem lepas aku wat ngan dia..adik beradik "bandungan" ngan malik...hehehe..mesti ramai ingat lagi insiden sem lepas kan...???
last but not least...sebelah madi iaitu ain ( budak Johor )...ain ni pon x byk ckp..suka memerap dlm bilik ja..sama ja ngan asma..( patut la leh jadi best frenz )...huhuhu...pakwe..?? dia ckp x der..so sesapa yg minat leh la try ayat2..wah !...jgn marah ain...apa lg pasal ain ya...em..ain ni jenis cepat jgk wat keja..bila dia ngadap ja laptop tu..mesti siap ja kerjanya..dia pon mcm ana..suka chatting gak...hehehe....selalu ja buzz aku bila aku online...
ok..see u next time...lagi 5 org..tunggu ya..

"hatiku" menangis...

"hati" aku menangis...aku x tahu knp ia berlaku...kisahnya...aku nak g ambil air sembahyang...keluar ja dari bilik..aku ternampak cahaya kekuningan...bila aku berpaling..aku nampak cahaya matahari yg terbenam... Subhanallah...cantik sgt...aku bergegas masuk ke bilik.. ajak room mate aku tgk sekali..secara tiba2..aku rasa sedih sgt2...tanpa aku sedar sebabnya...hati aku terasa kosong...kosong sgt...aku x tahu knp aku sedih...
aku cuma berharap perasaan ini akan hilang...
amin....

berkenalan dgn "bunga2" PKS 1

time 4 the gurls plak....
disebabkan gurls agak ramai...so maybe aku x sempat nak kenalkan semua sekaligus...aku start dari Izzah yerk...( gurl yg duduk paling kanan dlm pic tu )..
Izzah ni budak Johor..( pekan nenas, aku ingt waktu orentasi )...she is a nice girl...teramatlah pemurah orgnya....agak pendiam & lebih suka wat kerja sorang2...mula tu aku agak pelik ngan dia nih, tapi lama2 dah biasa jer...dia ni bagi aku pandai berdikari, letak ja dia kat mana pon , aku yakin dia blh survive..aku pon x sure aku blh jadi mcm tu ker x..( aku byk bergantung kat org lagi ) aku x tau nak cerita apa pasal dia,coz aku masih x rapat sgt ngan dia..hopefully, aku blh rapat & kenal lebih mendalam pasal dia...InsyaAllah..
next is shelia ( sebelah izzah )...(budak johor gak)...shelia ni cantik ognya..pandai bergaya..sekali dah mcm model aku tgk...dia ni sometime lawak gak...heheheh...YM ( lecturer ekO )..suka pgl dia cik Nora a.k.a cik normah...pakwe ??...single lagi rasanya...but not to sure...sometime dia ni mcm cpt gelabah ckit ( lbh kurang aku la jgk )...apa2 pun dia ni leh dikatakan happy go lucky person la...
next..farihan @ pehan... ( budak marang )...bagi aku dia memg best..apa yg dia ckp leh wat aku gelak..heheheh ( gurau ja deh )...dia ni kira satu geng ngan shelia la...em...apa lg ya...ha..dia still mencari pakwe..yg tu memg sure...huhuhu...so sapa2 yg berminat , leh tgalkan no fon ya...hehehe....
sebelah pehan, biela...cantik orgnya...tapi dah ada yg punya..ops!..dia ni memg rajin..cepat gila wat assignmnet..so , sapa yg partner ngan dia kena laju jgk la wat keja...hehehehe...( selamat aku x wat ngan dia, coz aku ni slow ckit wat keja )...huhuhu....em...apa yg aku nak cerita pasal dia...??...aku pon x tau...apa2 pon...semoga berbahagia selalu biela...
sebelah biela, aku pon x kenal sgt ngan gurlz yg sorg nih...maybe next time bila aku dah kenal dia...aku cter pasal dia ya....
ok la...cukup dulu setakat 5 org nih...nanti aku ceritakan yg lain...
sabar yerk yg lain tuh...

"bunga-bunga" yg cute + come

ini lah "bunga-bunga" yg ada dlm kelas aku...cute+come+cantik++++ semua yg seangkatan dengannya...
nak kenalkan sorang2..penat jgk nih...
nanti la aku kenalkan sorang2...ok
tgk pic nyer dulu....

...."kumbang2" di antara "bunga2"...


ini la "kumbang-kumbang" dlm kelas kelas aku.. hidup di samping "15 kuntuman bunga-bunga yg cute+come"....hehehe...
1st...eri ( baju putih )..mantan KU sem 1...dia ni jenis selamber ja..budak Chetok,Kelantan...(sorry kalo silap eja )...huhuhu...kalo tya something kat dia..dia mesti jawab ngan senyuman ja...ramai peminat jgk nih...tapi dah ada makwe...alamak..terbocor rahsia plak...apa yg menarik lagi pasal dia..??
ha! dia suka tido dlm kelas...( especially waktu EkO )..hehehe...jgn marah ya...gurau ja...
2nd...izham ( baju krim ) ....Ku sem 2... dia ni pon ok ja...blh wat kawan... dgr cita drpd yg lain..dia ni kuat tido..tapi tido kat bilik la...blik kelas ja, mesti tido..hehehe..peminat?? ramai gak kot..makwe?? aku x sure yg ni..dia ckp x da ( sesiapa yg berminat masih berpeluang la) hehehe...tapi kalo dia dah ada jgn marah kat aku plak yer...semoga dia blh menjadi KU yg berkaliber...huhuhu... satu benda yg pasti..izham ni kuat makan...hehehe...
3rd...zaid (baju biru ) ... ustaz dlm kelas kami ( kononnya la ).. tapi ada la jgk lagak2 ustaz dlm kelas..dia ni pendiam ckit tapi bila sekali wat pala...leh thn jgk la...dia pengerusi GERKO sem 2.. ( bola baling )... aku x tau nak cerita apa pasal dia coz aku x kenal sgt ngan dia..maybe sepanjang aku kat sini aku akan lebih kenal ngan kawan aku yg sorang nih..
4th...malik ( baju oren ).. dia ni mcm leader antara boys dlm kelas aku.. yg aku tgk hasil analisis aku ( wah! ) dia ni kira sayang la kat member2 dia ( maksud aku antara boys dlm kelas aku la , kat gurls..i don't know , maybe dia syg jgk kot ).. malik pon suka tido gak waktu EkO..hehehe... makwe??...it's complicated ckit kawan aku yg sorang nih..apa2 pon semoga dia hapy dgn cara dia...
5th..amri ( baju biru , paling kanan ) ...dia ni ok jgk.. selamber mcm eri gak.. dia masuk waktu second intake..ramai yg tahu kisah dia rasanya..hehehe..jgn marah ya adikku amri... :) memg ramai peminat terutamanya di kalangan budak2 kelas aku sendiri...hehehe...peminat novel2 cinta, peminat citer2 korea...lagi...ntah la...itu ja yg aku tahu..huhuhu...
kesimpulan hasil experimen yg aku lakukan ...( menipu x habis2 )... boys ber5 ni..memang rapat..umpama kembar siam 5.. kemana-mana ja, mesti ber5... x kisah la..yg penting masing2 hepy..
gurls..relax k..nanti aku kenalkan korang semua plak..
semoga semua org berbahagia selalu...
amin.......................................................

"mY FaMilY"


ini la kaum kerabat aku sepanjang 51/2 thn aku di IPGM,KSM ni...
dah banyak benda yg kami lalui bersama...
aku cuma mampu berdoa semoga Allah memberkati kami semua dan mengukuhkan lagi persahabatan kami semua....
Insyaallah....amin....
i lOvE All of U...sincere from my heart...

perkenalan.........

tidak pernah terfikir ini jalan yg aku akan ambil dlm kehidupan aku...
menjadi seorg guru....
to be honest...aku pernah menyesal dtg ke sini...
tapi...aku tersedar..mungkin ini yg sudah tertulis di dlm takdir kehidupan aku....
seperti kata2 yg pernah aku dgr... "kita hanyalah pelakon, pengarahnya adalah yg di atas"..
so..aku kena kuat menentang arus yg bakal mendatang kan....??
aku tdk boleh lemah lagi...semoga kehidupan aku di sini akan diberkati olehNYA....
amin....

salam perkenalan

assalamualaikum...
tiada apa yg aku ingin perkatakan...
blog ini cuma sebagai coretan kehidupan ku...
ingin dijadikan sebagai kenangan...dan pengalaman yg ingin ku kongsikan bersama semua...
semoga semua org memperoleh kebahagiaan di dlm kehidupannya...
amin...